Bissmillahirrohmanirrohhim.....Firman Allah yang bermaksud : Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!( Surah AL-MULK, ayat 14 ) 010 867 8673
Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan/ imigresen bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.             Hubungi :  010 797 3044
Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat  mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak tahu selok belok bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.


Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam Thailand. Pelbagai masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan tidak mendapat pengesahan dari pejabat konsulat Malaysia serta tidak dapat didaftarkan di negara masing-masing.
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) dan Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIK) mempunyai ramai jurunikah yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini, rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.
Halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.
Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla dan di Narathiwat. Pihak kami tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuklah mempunyai dokumen keluar masuk ke Thailand yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS dan MAIK akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen Undang-undang Syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi mendaftarkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.
Semua urusan pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika serta penuh tanggungjawab dan bukan rumah perseorangan atau sekolah pondok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla ATAU Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIK) akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.
Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS / MAIK dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat diselesaikan seperti yang telah dirancang.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Mengaturkan Urusan Akad Nikah Pasangan Islam, Menguruskan Pengesahan Sijil Nikah Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Majlis Agama Islam wilayah Narathiwat serta Menguruskan Pengesahan Dokumen Pernikahan Oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand.


Menguruskan Perkara Yang Berkaitan Dengan Perceraian Bagi Merka Yang Berkahwin Di Thailand dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Cerai Dengan Pihak Majlis Agama Islam dan Konsul Malaysia Di Songkhla, Thailand.



Menguskan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Dengan Nikah Kahwin, Perceraian, Fasakh, Poligami dan Pendaftaran Nikah Kahwin Dengan Pihak-Pihak Yang Berkenaan.