Bissmillahirrohmanirrohhim.....Firman Allah yang bermaksud : Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!( Surah AL-MULK, ayat 14 ) 010 867 8673

ATUR CARA



SEBELUM PERGI KE THAILAND,SEDIAKAN DOKUMEN BERIKUT :

·         Pasport antarabangsa yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan
·         Bagi penduduk Perlis, Perak, Kedah dan Kelantan, pasport boleh digantikan dengan Pas Sempadan
·         Bagi tentera dan polis, perlu dapatkan kebenaran jabatan masing-masing dulu untuk keluar negara
·         Bagi mereka yang muflis, bincang dengan pejabat insolvensi dahulu untuk mendapatkan kebenaran keluar negara
·         Bagi mereka yang dihalang keluar negara kerana tidak membayar balik hutang PTPTN, bincang dulu dengan PTPTN tentang bayaran balik dan apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan keluar negara
·         Surat cerai atau surat kematian suami bagi perempuan, jika berkenaan
·         Salinan pakaian yang sesuai, jika diingini
     Kad/surat pengesahan mualaf, jika berkenaan



Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand

1)      Kad Pengenalan

2)      Pasport atau Pas Sempadan
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM200 untuk tempoh 5 tahun.

Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan. Penduduk negeri-negri lain perlukan pasport antarabangsa.
Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini. 

Bagi janda:
Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.

Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Surat pengesahan dari Konsulat tidak akan dikeluarkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal.


3)      Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.

4)      Bagi polis atau tentera:

Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu

5)      Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):

Semak dari Kedutaan Thailand, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Thailand sebelum memasuki Thailand. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Negara Thailand.

 010-797 3044 ATAU (NO Thailand : +66980581988)





010-797 3044
En. Muhammad

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Mengaturkan Urusan Akad Nikah Pasangan Islam, Menguruskan Pengesahan Sijil Nikah Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Majlis Agama Islam wilayah Narathiwat serta Menguruskan Pengesahan Dokumen Pernikahan Oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand.


Menguruskan Perkara Yang Berkaitan Dengan Perceraian Bagi Merka Yang Berkahwin Di Thailand dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Cerai Dengan Pihak Majlis Agama Islam dan Konsul Malaysia Di Songkhla, Thailand.



Menguskan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Dengan Nikah Kahwin, Perceraian, Fasakh, Poligami dan Pendaftaran Nikah Kahwin Dengan Pihak-Pihak Yang Berkenaan.